Sunday 22 January 2012

AGAR-AGAR ROTI PERISA DURIAN

selamat pg kwn2 .. mst korang sedang bergumbira skg kn ?? almaklum la cuti pjg sempena raya cina nie .. akak cm biase duk umah jew .. x kemane2 pn ..
oh ye .. hari nie akak nak tempek kn gambar agar2 rOti perisa durian nie ..
resipi dia cm biase jew cuma kOrang tambah la perisa ape yg kOrang ske ..
ikOt la citerase kOrang ye .. ^_^

‎1 peket agar - agar bertali - 20 gram
6 cawan air
200 gm gula pasir
1 tin susu cair
6 keping roti - guna kulit roti sekali
1 biji telur
3 jenis pewarna
1 sudu teh esen vanila
Cara-cara

Roti dicarik2 dan disatukan dengan susu cair dan telur , apabila roti kembang, blender hingga halus.
Agar - agar direndam sekejap kemudian toskan, satukan agar - agar dengan 6 cawan air dan masak hingga agar - agar hancur dan tapis. Masukkan semula kedalam periuk.
Masukkan gula ikut manis sendiri, apabila gula sebati masukkan bahan - bahan yang diblender tadi. Kacau sekejap dengan api perlahan hingga mendidih sikit dan terus tutup api.
Bahagikan ke-3 bahagian dengan tiap2 bahagian dibahagi sama banyak dan masukkan warna tiap2 bahagian tu dan kacau rata.
Tuang 1 warna ditengah loyang hingga habis ( sekali tuang habis 1 warna ) dan diikuti dengan warna lain juga ditengah loyang, tak payah tunggu keras.

sumber : resipi mass80(myresipi
)

No comments:

Post a Comment