Friday 13 January 2012

PUDING ROTI




BAHAN:-5 keping roti gardenia
2 biji telur - pukul sikit
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
1/2 sudu kecil garam
400ml santan
100 ml susu segar / susu cair
1 sudu kecil esen vanila




CARANYA:-Carik - carikkan roti dan rendam dengan santan.
Biarkan sekejap.
-Satukan susu segar@susu cair dengan tepung gandum dan
telur, sebatikan dan tapis. Boleh juga blender semua
bahan dan tak perlu ditapis.
-Tuang ke no 1 dan masukkan esen vanila dan gula pasir.
Kacau sebati.
-Jika ada bekas bingka, tuang kedalam bekas bingka yang
telah dilengser dan bakar atas api perlahan selama 1 jam.
-Mas guna bekas bekas kek chiffon, Mas sapukan minyak
dan taburkan sedikit tepung gandum pada bekas kek chiffon
tu dan tuang adunan bingka dan bakar dalam oven yang
dipanaskan 170 c bergantung pada saiz oven, selama
45 minit dengan api atas bawah.
-Jika atas bingka dah cantik keperangan@ kecoklatan masa
tengah bakar, boleh tukar api bawah sahaja. Bergantung
pada jenis oven. Kena perhatikan juga masa bakar..
Biarkan sejuk baru terbalikkan dan potong.
Selamat mencuba...



SUMBER:resipi mass80

No comments:

Post a Comment